Wednesday, February 13, 2013

Cuti Di Pulau Perhentian


Pada 09.02.2013 menghadiri walimatulurus perkahwinan kakak  Tarmimie di Kampung Benting Lintang, Besut, Terengganu. Kami sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur pada 8hb sekitar jam 4.00 petang. Agak bernasib baik kerana perjalanan pada petang ini tidaklah sesak mana, cuma malalui MRR2 untuk sampai ke tol Gombak yang  agak perlahan, mungkin kerana pada waktu yang sama warga kota pulang ke rumah selepas seharian ditempat kerja.
Lepas dari tol Gombak perjalanan begitu lancar sekali, sesekali hujan membasahi perjalanan kami, namun begitu perjalanan tetap lancar. Hampir jam 3.00 pagi baru kami sampai di Besut dan terus ke tempat penginapan yang telah ditempah awal oleh saudara Tarmimie. Perjalanan yang agak panjang adalah disebabkan banyaknya kami berhenti berehat dan bersantai-santai di perjalanan.

Keesokan harinya selepas menghadiri jamuan walimatulurus, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Pulau Perhentian. Rasanya ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian ini walaupun sudah banyak kali ke Terengganu.

Ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa perjalanan  ke Pulau Besar. Perjalanannya memakan sekitar 45 minit, perjalanan menggunakan bot laju.  Lambungan ombak ketika bot tersebut menyusuri lautan menyebabkan pinggang terasa sakit. Setiap kali bot dilambung dan terhentak, terasa dah tak pergi lagi ke Pulau Perhentian ini. Agak-agaknya kalaulah ada ibu yang mengandung terus bersalin ketika itu......

Floral Bay Resort (Pulau Besar), disinilah tempat kami sekeluarga   menginap. Agak selesa juga, tempatnya bersih, teratur dan damai sekali untuk percutian.

Menyediakan pelbagai kemudahan penginapan mengikut kesesuaian yang diperlukan. Terdapat juga kemudahan serta kelengkapan untuk beriadah seperti snorkling, boating untuk ketempat-tempat peranginan dan pelbagai lagi kemudahan ada disediakan.

Sebahagian tempat penginapan yang terdapat di Flora Bay Resort.

Pulau Perhentian yang sentiasa menggamit penggunjung bagi menikmati keindahannya
Keagungan ciptaan Ilahi, untuk hamba-hamba mensyukuri dan mentaatinya.

Gambar-gambar sekitar percutian




Keseronokan ketika beriadah di Pulau Perhentian ini adalah suatu pengalaman yang menyeronokan. Tidak hairanlah Pulau ini akan terus dikunjungi oleh pelancung-pelancung dalam dan luar negara. Jika keindahan pulau ini terus dijaga dan disusun rapi ianya akan terus menjadi tarikan dan menjadikan pengalaman yang tidak akan dilupakan setelah mengunjunginya.

Bagi penduduk Pulau Perhentian teruskan usaha untuk menjaga keindahan dan kebersihan pulau ini dan khususnya kerajaan Terengganu harus juga menyediakan lebih infrastruktur yang lebih menarik bagi terus menggamit penggunjung ke pulau ini........













2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusalam Amsyahril Syahril

      Pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk laman blog saya yang tidak seberapa ini. Ianya ditulis hanyalah sekadar mengisi ruang masa yang ada.

      Terima kasih sekali lagi kerana sudi menawarkan pakej perkhidmatan lawatan ke Indonesia.

      Indonesia merupakan salah sebuah negara yang telah saya lawati beberapa kali. Banyak tempat bersejarah dan perlancungan yang sentiasa menanti kehadiran para pelancung.

      InsyAllah jika ada kelapangan dan rezeki saya sedia untuk berkunjung ke Indonesia kembali dan menggunakan perkhidmatan Kita Holidays Travel & Tours Indonesia.

      Sekian Salam Hormat

      Delete